Wednesday, October 30, 2013

BENARKAH LAGI KERAP MAKAN LAGI CEPAT KURUS?

SHAPE UP PLAN SHAKLEE - BENARKAH LAGI KERAP MAKAN LAGI CEPAT KURUS?

YA! Semakin kerap anda makan, semakin tinggi pembakaran tenaga. Oleh itu, jika anda menyangka bahawa diet secara berlapar akan menguruskan anda dengan segera, anda salah! Anda harus makan secara kerap agar proses pembakaran tenaga sentiasa berjalan. Namun ingat, makan hendaklah berpada2.. makan dengan kadar yang sederhana tetapi secara kerap ya.


SHAKLEE menawarkan SHAPE UP SET yang sangat2 istimewa dan berkesan untuk membantu anda mendapatkan bentuk tubuh idaman anda dengan cara yang lebih sihat dan selamat.

Saya menerima banyak soalan bertanyakan, adakah jika berhenti makan set ini, badan akan naik semula?
SET SHAPE UP Shaklee adalah berteraskan kepada 3 prinsip utama iaitu BAKAR, BUANG & BINA. Oleh itu, bila anda sudah kurus, berat badan anda SUKAR untuk naik semula kerana lemak sudah dibakar, dibuang dan otot pula sudah dibina! Menarik kan? Inilah keistimewaan Shape Up Set SHAKLEE .


PENGEDAR SAH SHAKLEE PENANG

★ SHUAILI ZAHID
★ SMS | whatsap : 0174215600
★ SHAKLEE ID : 964184
★ PM: https://www.facebook.com/messages/healthyvita

Tuesday, October 22, 2013

KENAPA ANDA TIDAK JUMPA SHAKLEE DI FARMASI?

Ini adalah salah satu cara Shaklee menjaga kualiti produknya dan mengelakkan daripada produk tiruan, di mana anda hanya boleh memperolehinya daripada Pengedar Sah Shaklee ataupun di cawangan-cawangan Shaklee berdekatan.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di sekitar Pulau pinang.COD di kawasan kepala batas, sungai dua dan prai. Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Jika anda individu yg mementingkn kesihatan & kecantikan semulajadi pastinya anda memilih SHAKLEE ,high quality product

Shaklee ID [♥]964184[♥]
SMS/WhatsApp [♥]017-4215600[♥]
FB page : www.facebook.com/healthyvita
Email : saly_2506@yahoo.com



Friday, October 11, 2013

TIPS TARIK MINAT ANAK MAKAN


Menarik minat anak untuk makan.
Cuba tips ini:
- Babitkan anak dalam memilih dan merancan menu.
-Bawa anak ke pasar dan ambil peluang itu untuk menerangkan kepentingan pelbagi jenis makanan.
- Galakkan anak membantu ketika menyediaka makanan.
- Hidangkan makanan beraneka warna untuk menarik minat.
- Gunakan peralatan pelbagai bentuk dan warna.
Hidangkan makanan secara berasingan supaya makanan nampak menarik.
Selamat mencuba!


Saturday, October 5, 2013

PERBEZAAN VITAMIN SHAKLEE DENGAN BUAH OREN

Tidak ada sebarang benda yang boleh mengambil alih peranan makanan dalam hidup kita, yang membekalkan keseimbangan dalam lemak-lemak perlu, karbohidrat komplex dan protin bermutu tinggi. Suplemen atau vitamin adalah “supplements” atau “makanan tambahan”, bukan pengganti makanan.

Di bawah ni adalah asas yang perlu diketahui:-

1- Makanlah 3 sajian yang mengandungi protin berkualiti tinggi setiap hari.
2- Jauhi hydrogenated fat dan kurankan pengambilan lemak tepu dan penyebab lemak tepu seperti makanan ringan.
3- Pilihlah makanan yang rendah Indeks Glisemik, elakkan gula bertapis dan kalori kosong.
4- Makanlah ikan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
5- Minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak sehari.
6- Makan sayur dan buah yang mengandungi antioksida, sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari.
7- Ambil suplemen yang tinggi potensi seperti multivitamin, CoQ10, dan sebagainya.
Vitamin Shaklee boleh menggantikan oren? Tentunya tidak. Sebiji buah oren bukan saja mengandungi 75mg Vitamin C, tapi juga serat, air dan sebagainya.
Jadi, makanlah buah oren setiap hari, dan vitamin C natural untuk bekalan Vitamin C yang optimum!


KEPENTINGAN VITAMIN UNTUK TUBUH

Vitamin adalah antara zat yang membina tubuh kita. Tubuh kita terbina oleh jutaan sel yang membentuk organ dan sebagainya.
Kita mendapat vitamin secara semulajadi melalui makanan kita. Secara amnya, keperluan vitamin kita berbeza setiap orang. Keperluan ini juga agak generik untuk setiap bangsa berdasarkan aktiviti, iklim, cuaca dan sebagainya.
Misalnya orang-orang di tempat sejuk makan banyak makanan berlemak, selain dari memberi perlindungan semulajadi kepada tubuh mereka dari kesejukan, kebanyakan tempat sejuk adalah bergunung-ganang. Kegiatan harian memerlukan lebih tenaga dengan aktiviti melawan graviti. Oleh itu walaupun penduduk Switzerland banyak makan keju dan makanan berasaskan tenusu namun mereka tidak gemuk dan tidak terdedah kepada risiko sakit jantung.
Masyarakat khatulistiwa seperti Malaysia, asal makanan kita mengandungi banyak karbohidrat. Ia memang logik jika kita balik ke 100 tahun dulu, masyarakat Melayu menjalankan kegiatan meneroka, berkebun, berladang… Yang memerlukan banyak tenaga.
Namun berbeza dengan kita hari ini, lebih banyak duduk dari berjalan. Nak bersenam pun kena paksa, tapi masih mengamalkan cara makan yang biasa.
Jadi untuk kesihatan optimum wajar untuk kita menukar menu harian dan aktiviti harian kepada yang lebih sesuai dengan tubuh kita.
Namun di zaman moden ini, bukan itu saja yang harus kita timbangkan. Perkembangan teknologi dan revolusi industri menjadikan kita terdedah kepada pencemaran, radiasi dan sebagainya.
Keadaan ini menyebabkan kita perlukan lebih banyak vitamin untuk kesihatan optimum.
Keperluan RNI digariskan sebagai dos nutrien minima untuk tubuh kita agar menjadi sihat, namun tubuh kita perlukan lebih banyak untuk menjalankan fungsi lain, misalnya vitamin C 75mg cukup untuk mencegah skurvi dan fungsi normal sel, namun bagi kerja-kerja memperbaiki sel, penstabilan dari tindakan radikal bebas dan sebagainya, kita perlukan purata 500mg Vitamin C sehari. Apa lagi untuk tujuan penyembuhan dan kecantikan, dos yang lebih tinggi diperlukan.
Vitamin BUKAN pengganti zat makanan. Untuk kesihatan yang baik, menurut Dr Bruce Miller, kita perlukan – makanan seimbang, bersenam, dan suplemen. Menurut Ibn Qayyim, satu lagi perkara adalah kesihatan jiwa. Jadi 4 elemen ni penting untuk menjadi sihat – Makanan, Senaman, Suplemen dan Amalan Kerohanian.
Bila makan vitamin, niatlah supaya menjadi lebih sihat dan menyahut seruan Rasulullah SAW untuk menjadi hamba yang dicintai Allah – insan yang kuat.
Semoga kita lebih banyak bersyukur dari mengeluh.
Bila sakit, biasanya lebih mudah mengaduh dari mengucapkan “Alhamdulillah”

Friday, October 4, 2013

ALFAFA SHAKLEE BUKAN UNTUK IBU MENYUSU SAHAJA

Walaupun tiada kajian terperinci dan jurnal perubatan tentang Alfalfa membanyakkan susu ibu, namun ia telah digunakan sejak berzaman di benua Ameria dan Eropah sebagai galactogogue dan juga sebagai herba yang sangat berguna dalam perubatan tradisi.
Alfalfa biasanya dimakan dalam bentuk cambah (sprout) dan daunnya.
Alfalfa Complex Shaklee diperbuat dari daun Alfalfa yang ditanam secara organik.
alfalfa shaklee
Antara lain, faedah dan kebaikan Alfalfa Complex Shaklee:-

(+) Menyeimbangkan Hormon - Alfalfa mengandungi bahan-bahan seperti isoflavon dan coumestans, yang mengikat reseptor estrogen dalam badan. Bila tahap estrogen rendah, alfalfa yang menyerupai estrogen ‘menyamar’ sebagai estrogen dan meningkatkan aktiviti estrogenik. Bila tahap estrogen dalam badan terlalu tinggi, estrogen dalam alfalfa bergabung dengan reseptor tadi, menafikan ruang untuk estrogen asal, sekali gus mengurangkan aktiviti estrogenik.
(+) Merendahkan kolesterol – Alfalfa mengandungi saponin yang menyerap kolesterol dan mengelakkan ia daripada diserap oleh tubuh.
(+) Masalah penghadaman – Alfalfa telah digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk mengatasi masalah penghadaman
Banyak lagi kebaikan Alfalfa, maklumlah ia dikenali sebagai ‘raja segala tumbuhan’ pasti mantap kebaikannya untuk manusia sejagat.
Dapatkan Alfalfa Complex hari ini, dengan offer2 menarik dari kami.




TIPS MUDAH HAMIL DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE

Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?

Paras kolestrol dalam tubuh akan dapat dikurangkan dengan pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid). GLA juga berfungsi membantu dalam memberikan kelegaan sekiranya wanita sedang mengalami Sindrom Pra Haid (PMS) seperti angin senggugut. Di samping itu, GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Malah,GLA berfungsi secara teraputik dengan mendorong penghasilan Prostagdalin E1 yang membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.

Bagaimana GLA Complex dapat anda menghadapi sindrom PMS (senggugut)?
Apabila seseorang diserang senggugut, biasanya ia akan menyebabkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Daripada kajian yang dibuat, puncanya adalah disebabkan tubuh badan wanita tersebut tidak dibekalkan dengan GLA yang secukupnya. Justeru, pengambilan GLA ini adalah mustahak untuk menampung kekurangan GLA dalam tubuh.

Baiklah setakat ini saya faham. TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil?
Bagi menjamin kesuburan, seorang wanita perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Ini menandakan ia adalah waktu subur wanita itu. Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. Bagi menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. Sekaligus membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. Cecair subur ini juga membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima!
Untuk kaum hawa di luar sana yang masih lagi belum mendapat zuriat, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap cecair serviks anda. Jika cecair tersebut tebal, berwarna kecoklatan dan kering itu adalah tanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan dari berlaku. Mustahak untuk mengenali cecair kesuburan kita.
Jika anda ada apa-apa kemusykilan, boleh hubungi saya sekarang!


Thursday, October 3, 2013

RAMBUT GUGUR???

rambut gugur



ッYEAY, RAMBUT DAH TAK GUGUR LAGI !!ッ CEGAH rambut gugur dalam BEBERAPA minggu saja ! Kembalikan MAHKOTA anda.

✿ Malah Masalah keguguran rambut terjadi baik di kalangan lelaki mahupun wanita. Banyak faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah ini. Kalau nak tahu, kebanyakan syampu yang kita sendiri gunakan tu pun banyak bahan kimia TERLARANG sebagai contoh PARABEN. Mana nak elok rambut. Bukan saja rambut banyak yang gugur, malah boleh menyebabkan KANSER tau !

Kami yakin anda dah guna bermacam produk tapi tak berjaya. Ada yang mahal ada yang murah, tapi tak menjadi apa. Lebih teruk, duit banyak dah habis, tapi rambut semakin menipis ! Aduhhhh...pening-pening, habis macam mana ni ?!

✿ Sudah, BERHENTI, CUKUP ! Sekarang, tak perlu nak keluar belanja mahal-mahal lagi, KAMI BANTU anda UNTUk CEGAH KEGUGURAN RAMBUT dalam BEBERAPA MINGGU saja. Malah ada yang seawal 1 MINGGU dah nampak kesannya !!

Memperkenalkan ......

-----------------------------------------
SET RAWATAN RAMBUT GUGUR :
------------------------------------------
mengandungi ~

a. B- Complex – Inositol, salah satu vitamin B, membantu pertumbuhan rambut. B12 pula adalah satu lagi vitamin B yang menghalang keguguran rambut kerana B12 merupakan komponen rambut itu sendiri.

b. Zinc – berfungsi untuk mengawal hormon dalam badan dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala.

c. Revitalizing Shampoo dan Lightweight Conditioner dari Prosante Hair Care untuk rambut yang lebih sihat bersih dan mudah diurus. Hanya yang SEMULAJADI. Tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser seperti paraben, SLF, SLS dan lain-lain

Gabungan ke empat-empat produk ini menjadikan RAMBUT anda KUAT, mengurangkan kehilangan rambut, memBERSIHkan kulit kepala, MELEMBUTkan dan MELEBATkan. Anda dan kelaurga pun PASTI suka membelainya setiap masa !

SET ini boleh digunakan oleh LELAKI mahupun WANITA.


✿ Nak tahu HARGAnya ?
Cuma serendah RM235 SAHAJA untuk set lengkap SET RAWATAN RAMBUT GUGUR ini yang boleh bertahan hingga 4 bulan !

Tapi TUNGGU... ... kalau anda PM kami dulu, anda layak dapat HARGA DISKAUN lagi. Dan Of koslah lagi murah dari harga di atas tu kan !! 


Credit to : MyInfoVitamin


Wednesday, October 2, 2013

CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE DENGAN BETUL

Bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk pengambilan supplemen.?

Saya mencadangkan pengambilan suplement adalah pada waktu malam.  Kerana secara teorinya, vitamin2 ini akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat. Jadi masa tidurlah masa yang terbaik kan? Tapi saya pasti, tak semua orang berkesempatan untuk mengambil vitamin just right before sleep

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafeinkerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE


Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
 B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
 ESP
Tengah Hari
 Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang
  ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E
Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu

**Sila hubungi saya untuk harga istimewa

Tuesday, October 1, 2013

SOALAN LAZIM TENTANG PRODUK SHAKLEE

Antara soalan yang ditanya oleh mereka yang baru mengenali shaklee.

1. Adakah shaklee ini Halal?
  • Ya, Halal.
2. Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin dari shaklee ini?
  • Ianya adalah kesan pengambilan B-complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.
3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
  • Ia sama seperti jawapan no.2, kesan pengambilan B-complex yang larut dalam air.
4. Adakah trial pack masih ada untuk saya?
  • Ianya sentiasa ada, bagi yang baru ingin mencuba buat pertama kali, digalakkan untuk membeli trial pack dahulu.
5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, kenapa? Adakah vitamin ini tidak serasi dengan saya?
  • Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air tidak kurang dari 2 liter sehari. Ini kerana vitamin memerlukan air yang secukupnya untuk menyalurkan zat2 vitamin keseluruh tubuh anda dengan lancar. Rasa pening biasanya berlaku kerana less water intake. Jika anda pertama kali mengambil supplemen ia juga boleh menjadi salah satu punca mengalami pening2. Ini kerana tubuh kita memerlukan 1 - 3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima.
6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Bolehkah saya membeli full pack dengan harga yang saya mampu?
  • Boleh, dan ianya lebih menjimatkan.
7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas ke tandas, bolehkah saya mengambil supplemen ini sebab saya ada masalah buasir?
  • Tidak, saya tidak galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplemen ini kerana vitamin tidak akan dapat diserap sebaiknya oleh badan dan kurang berkesan.
8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya hadapi?
  • Vitamin bukan ubat. Ia adalah sekadar supplemen atau makanan tambahan bagi mengisi ruang kosong dalam badan. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imunisasi dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan, memang akan memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, nutriferon atau vivix bagi membantu meninggikan daya tahan tubuh. Tidak lupa juga doa dan tawakkal kepada Allah S.W.T.
9. Bolehkah saya membeli sendiri shaklee dari mana2 branch?
  • Berikan no ID saya 964184, shuaili binti moh zahid kepada petugas kaunter semasa membuat pesanan. Anda akan mendapat harga ahli. Atau boleh mesej saya 0174215600.
10. Adakah normal bagi anak kecil saya, setelah pengambilan vitamin. Si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini si kecil saya selalu mengamuk dan asyik terjaga mahu menyusu?
  • Ibu2 yang mengambil supplemen dalam diet harian serta selain pengambilan makanan harian yang lengkap akan mendapati susu bertambah pekat, dan si kecil akan minum sedikit sahaja dan mudah lena. Apabila ini berlaku. ibu disarankan untuk mengepam susu sebaik sahaja si kecil lena agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.
11. Adakah vitamin shaklee selamat di ambil oleh wanita mengandung?
  • Ya boleh, kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan vitamin oleh doktor untuk memastikan si ibu dan si kecil sihat dan selamat semasa proses kelahiran.
12. Apakah vitamin yang baik untul diambil oleh ibu menyusu?
  • Asasnya saya sarankan 4 jenis iaitu vita-lea, B-Complex, Vitamin C dam Alfafa. Namun seandainya mempunyai lebihan bujet boleh mengambil bersama ESP iaitu soya protein kerana ia boleh membantu si kecil mudah kenyang dan melancarkan perkembangan si kecil anda.
13. Mengapa saya mudah berasa lapar selepas mengambil vitamin dari shaklee ini? Saya takut saya jadi gemuk.

  • Pengambilan B-complex dan multivitamin membuat seseorang mudah berasa lapar kerana B-complex berfungsi menukar glukos kepada tenaga. Rasa lapar itu adalah satu 'sign body' bahawa tubuh memerlukan glukos untuk ditukarkan kepada tenaga.
  • Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan teratur dan jika terasa lapar diantara waktu tersebut cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukan.


INFO PRODUK SHAKLEE

Info Produk

Vitalea (Multivitamin) 
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.
Vita-C Sustained Release
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.
B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  3. Membantu kelancaran urat saraf.
  4. Mengelakkan stress.
  5. Mengelakkan sembelit.
Alfalfa
  1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
  3. Mengatasi sakit sendi.
  4. Membanyakkan susu badan.
Vitamin E
  1. Melambatkan proses penuaan.
  2. Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  3. Membantu dalam penyerapan oksigen.
  4. Mencegah kanser.
  5. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  6. Sebagai antioksidan.
Ostematrix (Calcium Magnesium)
  1. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
  2. Mencegah kekejangan otot (cramp).
  3. Membantu dalam pembekuan darah.
  4. Menstabilka denyutan jantung.
  5. Mengurangkan migrain.
  6. Membaiki stimulasi urat saraf.
Zinc
  1. Menyembuhkan luka.
  2. Terlibat dalam penghasilan insulin.
  3. Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
  4. Mengawal kelemumur.
Lecithin
  1. Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
  2. Menolong mengeluarkan lemak dari sel – bagus untuk menurunkan berat badan.
  3. Bagus untuk rambut.
  4. Menegangkan dan melembutkan kulit.
Crotomax (Beta Carotene)
  1. Untuk kesihatan mata.
  2. Membina semula sel yang rosak.
  3. Menguatkan imuniti badan.
  4. Membina sel darah putih.
Fiber
  1. Membantu mengurangkan sembelit.
  2. Untuk kesihatan usus.
  3. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
  4. Mengurangkan kadar gula dalam darah.
  5. Membuang toksin dalam badan.
E.P.A
  1. Mengurangkan kolesterol.
  2. Membina sel otak.
  3. Mengurangkan sakit sendi.
  4. Mengurangkan risiko sakit jantung.
GLA Plus
  1. Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
  2. Membantu mengawal kencing manis.
  3. Membantu mengawal berat badan.
Energizing Soy Protein
  1. Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
  2. Membina sel2 tubuh.
  3. Membantu kesihatan kuku dan rambut.
  4. Membina ketahanan badan.
  5. Menambah susu badan.
MealShake
  1. Pemakanan lengkap yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan protein
  2. Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
  3. Boleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.
Performance Drink
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

 

Designed By Izza sakura