Friday, November 22, 2013

SABAR SEPARUH DARI IMAN

Motivasi pagi jumaat yang penuh barakah...


http://vitgarden.blogspot.com

Sama-sama kita amalkan, jangan peduli apa orang kata terhadap kita. Yang penting hati kita bersih...Astagfirullahalazim..Ya Allah ampunilah dosa aku..amin..



****************************************************************
Saya Shaklee independent distributor anda ID 964184. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :

SMS/WhatsApp [♥]017-4215600[♥] 
Facebook :[♥] www.facebook.com/suhailizahid[♥]  
Fan Page : [♥] www.facebook.com/healthyvita [♥] 
Email : [♥] saly_2506@yahoo.com [♥]

Wednesday, November 20, 2013

CARA UNTUK MENAGANI ANAK YANG NAKAL

Apa akan kita buat apabila kita pulang ke rumah selepas penat bekerja, anak kita akan terus membuat semak rumah dengan mainan dan peralatan lain yang boleh dianggap sebagai mainan ataupun semasa kita sedang memandu, anak kita mengganggu kita atau apa sahaja perbuatan yang boleh membuatkan kita marah dan terus menengking mereka. Jawapannya mungkin kita akan marah dan tengking anak kita. Jika kita kata “JANGAN” mereka lagi akan buat perkara yang sama. Perkataan JANGAN ini seperti tidak “makan” pada diri mereka. Contoh : Jangan main gunting nanti luka jari!, Jangan lompat nanti jatuh!
Saya amat menyokong fakta yang mengatakan sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini kerana, apa sahaja yang dilihat dan didengar setiap hari ia seperti suatu pembelajaran bagi anak tersebut dan ia tersemat ke otak. Contohnya : Mereka suka menyebut perkataan “bodoh” tapi tidak tahu maknanya. Mereka juga suka meludah atau menjelirkan lidah seperti mengejek kita tapi tidak tahu sebabnya.
Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Begitu juga sebaliknya, seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya.Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.
Mungkin juga fakta yang mengatakan setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya adalah benar. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.
Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?
Langkah 1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.
Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.
Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.
Langkah 2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.
Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.
Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.
Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.
Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.
Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.
Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.
Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.
Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.
Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.
Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf  sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.
Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.
Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.
Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.
Saya juga bukan sahaja mengingatkan anda malah diri saya sendiri terutamanya, mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan kenakalan mereka menggugat kesabaran kita pada setiap tikanya. Oleh itu, kita sebagai ibubapa haruslah bersabar dari menahan kemarahan terhadap anak kita.


Sumber :http://anakkusoleh.com

Tuesday, November 19, 2013

MERANCANG JANTINA BAYI


Kita merancang Allah menentukan. Semuanya boleh dirancang termasuk jantina bayi. Kesluruhan kadar kejayaan 70%. Tiga bulan sebelum mencuba buat segala persiapan, untuk kesan waktu subur/ovulation. dan panduan jenis pemakanan dimulakan awal-awal lagi.

Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, Lihat carta BBT diatas sebagai panduandan cara-cara untuk mencatit suhu badan setiap pagi.

Selepas habis haid bolih bersetubuh berhenti pada hari ke10 dan bila catitan BBT menurun menunjukkan berlakunya 'ovulation' , biasanya hari ke14 - 15, mulakan hubungan dengan suami. 

Satu cara lain untuk kesan hari penetasan telor ialah dengan membuat ujian air kencing pertama pagi dengan alat ujian 'Ovulation Test Kit' yang bolih di beli difarmasi. Mulakan ujian pada hari ke10 dikira dari hari pertama mula datang haid. 

Bagi mereka yang pusingan haid teratur iaitu 28 - 30 hari jauhkan persetubuhan mulai hari ke10 . Bila ujian kencing positif mula bersama keesokkan hari berturut2 selama 3 hari dan selepas itu selang hari sampai hari ke20.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Bila boleh tahu ?

Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.

Bolehkah merancang anak kembar

Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.

Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.

Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.

Makanan terbaik untuk pembentukan otak.

Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.
Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?

Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wanita hamil !

sumber; Dr Hamid Arshat@pakar sakit puan






KENAPA REZEKI SUSAH MASUK???

Kisah menarik untuk panduan dan iktibar kita bersama….
Kisah Duit Syiling dan Batu
TINGG!!!…
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!!!…
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
credit : http://blogbudakgebu.blogspot.com/2013/07/rezeki-jauh.html





**************************************************************** 
Saya Shaklee independent distributor anda ID 964184. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi : 

 SMS/WhatsApp [♥]017-4215600[♥] 
 Facebook :[♥] www.facebook.com/suhailizahid[♥] 
 Fan Page : [♥] www.facebook.com/healthyvita [♥] 
 Email : [♥] saly_2506@yahoo.com [♥]

Thursday, November 14, 2013

TIPS PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

Penjagaan Bayi Baru Lahir

Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya. Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya bagi yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus untuk memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.
Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.
Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.
Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.
Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya. Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis. Carilah punca mengapa dia menangis. Biasanya bayi menangis kerana dia lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya untuk  merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.  
Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir
  • Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
  • Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang diberikan doktor.
  • Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
  • Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
  • Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia  kembung atau muntah.


Sumber : majalah PAMA


**************************************************************** 
Saya Shaklee independent distributor anda ID 964184. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :

SMS/WhatsApp [♥]017-4215600[♥] 
Facebook :[♥] www.facebook.com/suhailizahid[♥] 
Fan Page : [♥] www.facebook.com/healthyvita [♥] 
Email : [♥] saly_2506@yahoo.com [♥]

Tuesday, November 12, 2013

EXTRA INCOME

Sana sini orang bercakap pasal wang. Apatah lagi dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini yang turut menyeret harga barangan lain untuk turut serta naik. Wang bukan segalanya, tapi kita perlukan wang untuk membeli keperluan kita. Yang nyata, kemiskinan bukan untuk diwarisi!



Ada 2 cara macam mana kita nak cope dengan keadaan ekonomi sekarang :

* Kurangkan perbelanjaan - ini memang ramai dah buat. Sampai ada yang dah tak tau nak
 


kurangkan apa lagi. Kena kurangkan makan kot dari 2-3 kali makan sehari kepada sekali je 

sehari.. Boleh ? Atau..

* Tambah pendapatan - ramai juga yang dah buat. Tapi kalau ada yang belum buat atau 

teringin nak mula buat, jom saya jemput anda untuk jadi rakan niaga bisnes saya.

Apa yang anda dapat ?

- Tunjuk ajar macam mana nak mula. From Zero to Hero. Tak reti tak apa yang penting semangat nak belajar dan ubah cara hidup.

- Side income yang sentiasa ada untuk bantu dikala kesempitan duit

- Tiada kekangan masa, buat anytime. Tak perlu la nak melepak rumah orang promote smpai malam2 buta. Org pun menyampah!

- Boleh akses nota di mana2 saja asal ada internet. Tak tau juga? whatapps , sms , emel je

- Ilmu yang boleh dimanfaatkan utk kesihatan, kecantikan diri , keluarga dan masyarakat. 

Kalau dah sakit baru nak berubat ermm panjang la ceritanya...

So , Jangan malu jangan segan. Kalau kita tak ubah diri kita nak harap siapa lagikan.. Kalau nak guna utk diri pun boleh juga.. Dah tentu dapat harga jimat dimana2..


PM untuk info lanjut ya!

Credit to : FB Sujaihah Abu Hassan

****************************************************************
Saya Shaklee independent distributor anda ID 964184. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi : 

 SMS/WhatsApp [♥]017-4215600[♥] 
 Facebook :[♥] www.facebook.com/suhailizahid[♥] 
 Fan Page : [♥] www.facebook.com/healthyvita [♥] Email :
 [♥] saly_2506@yahoo.com [♥]

TESTIMONI SET SENDI DAN TULANG


Noorlyza Lyzss :


"Salam semua hari ni sya nk kongsi testimoni ibu sya sendiri..
Ibu sya seorang pesakit buah pinggan mengalami masalah jantung,darah tinggi..pd mulanya dia mengalami sakit sendi..setiap kali rawatan pasti ibu menangis sbb x tahan menahan sakit sendi yg dia alami...pd mulanya sya rasa takot nk bg cba produk shaklee sbb takot lh klu ade ape2 kesan pd diri ibu..maklumlh dh end stage renal falure kn tp dgn keyakinan n x sanggup tgk ibu sakit sya belikn ibu suplement set ajht( joint healt tab,omega guard,ostermatrix)...pada hari pertama masih x nmpk kesan tp xpe sbb baru sekali makan kn..lps masuk hari ke empat makan sya dh nmpk perubahannya dimana ibu dh kurang sakit sendi,tidur pon lena..yg mengejutkn lg bila bt rawatan dialisis, sendi2 yg sakit dh xde...ibu dh x nangis bila bt rawatan...di rumah ibu selalu guna tongkat but now alhamdulillah ibu dh x perlukn lg tongkat klu nk g jalan2 bru guna....Semalam tca dgn doktor pakar nefro..doc punyalh terkejut bila tgk keputusan darah ibu saya baik berbanding yg dulu...bila di tanya ade ambk ape2 ubatke sya terus keluarkan semua suplement shaklee..takot gak kne marah ngn dokter pd mulanya tp bila doktor ckp shaklee adalah suplement yg terbaek sya rasa lega sgt2...so sya x perlu risau lg utk sarankn pd pesakit buah pinggang kerana doktor pakar nefrologist sendiri mengesahkan suplement shaklee bole ambil utk kesihatan...alhamdulillah"


PENGEDAR SAH SHAKLEE

PENGEDAR SAH SHAKLEE





**************************************************************************

Saya adalah pengedar sah shaklee anda. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi : 

 SMS/WhatsApp [♥]017-4215600[♥] 
 FB page : www.facebook.com/healthyvita 
 Email : saly_2506@yahoo.com 
 Shaklee ID [♥]964184[♥]SHUAILI

Monday, November 11, 2013

TIPS AWET MUDA


Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:



1. Tidur Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda.  Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.

2. Bersenam Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.

3. Buah-Buahan & Sayuran Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.

4. Minum Air Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.

5. Jangan Merokok Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

6. Amalkan Pemakanan Seimbang Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. 

7. Tangani Tekanan Dengan Bijak Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.

8. Berfikiran Positif Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Ini adalah tip-tip mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak saya yakin tip-tip ini mampu memberi satu sinar baru untuk hari yang lebih baik.



****************************************************************

Saya Shaklee independent distributor anda ID  964184. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :

SMS/WhatsApp [♥]017-4215600[♥] 
Facebook :[♥]  www.facebook.com/suhailizahid[♥] 
Fan Page  : [♥] www.facebook.com/healthyvita [♥] 
Email : [♥] saly_2506@yahoo.com [♥] 

Tuesday, November 5, 2013

VIVIX BERKUALITI SETANDING HARGA

VIVIX sangat sesuai untuk mereka yang memntingkan kesihatan dan ingin kekal sihat, anggun dan jelita.Ramai yang telah dapat mengurangkan sakit-sakit yang di alami setelah mengamalkan VIVIX dalam kehidupan seharian. VIVIX amat berkualiti..setanding dengan harganya. Tiada guna wang berguni jika kesihatan terjejas dan tak dapat melakukan aktiviti atau kerja harian seperti orang lain. Apalah sangat terlalu memikirkan harga. Kesihatan yang baik adalah segala-galakan. Jom kita lihat siapa agaknya yang memerlukan VIVIX dan apa manfaat VIVIX nie...

Antara manfaat VIVIX
  • Membantu elakkan kanser
  • Menggalakkan penuan yang sihat
  • Mengurangkan risiko penyakit  jantung
  • Mengurangkan komplikasi pesakit kencing manis
  • Menggalakkan kehilangan berat badan
  • Meningkatkan sistem Imun
  • Menyokong kesihatan mata
  • Mengalakkan kesihatan keseluruhan
Golongan yang memerlukan VIVIX
  • Pesakit Diabetes
  • Arthiritis
  • Pesakit Gout
  • Pesakit Kanser
  • Orang Yang Rabun
  • Orang yang sentiasa sibuk
  • Golongan yang mementingkan kesitan maksimum
  • Atlit/Aktif bersukan
  • Pesakit darah tinggi
Call/sms/whatsapp 0174215600(sue) untuk harga istimewa dan keterangan yang lebih lanjut.
Pengedar shaklee penang

Friday, November 1, 2013

FUNGSI CIHCH TEA MIX


Fungsi EKSTRAK UTAMA yang ada dalam Cinch Tea Mix ini:

1) MATCHA GREEN TEA
* Antioksida yang sangat tinggi, energy booster, metabolisme booster, bakar kalori up to 4x2.

2) TAURINA
- Menggalakkan metabolisme, lebih bertenaga, larutkan lemak, membantu menghasilkan otot tanpa lemak. 

3) WHITE TEA
- Membakar lemak-lemak berlebihan, menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu, meningkatkan metabolisme, juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) ROOIBOS RED TEA
- Melarutkan lemak, meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak, agen detox yang kuat.

5) RED TEA 
- Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol, pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas, merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.
PENGEDAR SAH SHAKLEE PENANG


 

Designed By Izza sakura