Saturday, September 21, 2013

Tips Atasi Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga

Masalah keletihan, cepat penat dan kurang bertenaga adalah sinonim dengan golongan dewasa yang bekerjaya. Lebih-lebih lagi jika usia semakin menginjak lebih dewasa. Saban hari masalah letih, penat dan kurang bertenaga ini semakin lama semakin kronik. Ada yang sehingga memberikan kesan kepada prestasi kerja malah lebih sedih lagi bila balik ke rumah tidak dapat melayan anak-anak dan isteri kerana terlalu penat, mahu berehat dan masuk tidur awal. Masalah cepat letih ini jika tidak ditangani dengan sempurna akan mendedahkan diri kepada risiko serangan penyakit. Apa tips yang boleh diamalkan untuk atasi keletihan, penat dan kurang bertenaga ini?
Hakikatnya, ada pelbagai tips atau petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini. Perkara asasnya, anda perlu tahu bahawa sebenarnya pengurusan tubuh ini memang berkait rapat dengan diet yang anda amalkan. Jika anda faham konsep ini, anda akan tahu masalah ini akan selesai hanya dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang untuk kesihatan tubuh.
Justeru, di sini penulis ingin berkongsi dengan pembaca, 4 jenis makanan yang boleh membantu mengatasi masalah keletihan, penat dan kurang bertenaga:

oat celikvitamin Tips Atasi Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga
Oatmeal atau mil oat lebih dikenali sebagai makanan super kerana keberkesanannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Justeru itu, ramai pengamal perubatan dan ahli nutrisi menyarankan para pesakit kencing manis untuk makan oat. Ini untuk membantu mengawal kadar gula darah supaya berada di paras normal. Kandungan serat yang tinggi dalam oat merupakan satu keperluan yang kritikal bagi pesakit diabetes. Alfalfa juga boleh diambil sebagai pilihan selain makanan yang berserat tinggi lain.
Teksturnya lembut yogurt memudahkannya untuk diproses dengan cepat oleh tubuh dan ditukar menjadi tenaga jika dibandingkan dengan makanan padat lain. Ramuannya yang terdiri dari probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang membantu menguatkan ekosistem usus supaya kekal sihat. Probiotik melindungi usus dari pathogen dan membantu tubuh dari diserang bakteria berbahaya.
yogurt celikvitamin 300x200 Tips Atasi Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga
Kajian terbaru dari Universiti Toronto memberikan menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.
Bayam sangat kaya dengan kandungan nutrient penting yang sangat membantu menghilangkan kepenatan. Bayam juga tidak hanya menjadi sumber utama bagi zat besi malah mengandungi magnesium dan kalium yang tinggi. Zat besi adalah nutrien yang memainkan peranan secara langsung dan penting bagi melenyapkan keletihan. Antara faktor yang menyebabkan keletihan adalah kadar zat besi yang rendah dalam tubuh sama ada dari aspek fizikal dan metal serta anemia.
bayam celikvitamin Tips Atasi Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga
Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.
kekacang celikvitamin Tips Atasi Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga
Supplemen dan Vitamin yang Membantu Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga:
Cubalah kombinasi supplemen seperti berikut:
Eu Four Pack Plus 300x113 Tips Atasi Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga
Supplemen ini sangat sesuai diambil oleh Ibu Mengandung & Ibu Menyusu serta sesiapa sahaja baik lelaki mahu pun perempuan. Jangan Bimbang! Ianya semulajadi,selamat dan mendapat endorsement dari FDA.
Jangan biarkan diri anda terus berada dalam keletihan dan tidak bertenaga kerana terlalu berkira-kira untuk membelanjakan wang anda ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga.
Bila anda sihat, orang yang sayang disekeliling anda juga bahagia! Bagi yang sudah berumahtangga, pasti suami anda akan terkejut kerana anda kekal bertenaga sepanjang hari! Semakin hari para suami semakin sayang!


No comments:

Post a Comment

 

Designed By Izza sakura