Saturday, September 21, 2013

Fakta Tentang Kalori Untuk Tips Diet Turunkan Berat Badan

Anda perlu mengetahui tentang fakta yang tepat dan betul tentang kalori sebelum anda memulakan diet untuk turunkan berat badan supaya diet anda tidak sia-sia. Tips diet untuk turunkan berat badan perlu digabungkan dengan fakta tentang kalori supaya anda faham tentang konsep kalori masuk dan kalori keluar. Objektif terakhir sudah tentulah untuk mendapatkan berat badan yang ideal bagi menjamin kesihatan tubuh.images Fakta Tentang Kalori Untuk Tips Diet Turunkan Berat BadanKalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.BENAR. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar. Akhirnya, akan bertukar menjadilemak yang tersimpan dalam badan. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.Pada kebiasaanya, setiap produk yang dijual akan menunjukkan kandungan jumlah kalorinya pada bahagianMaklumat Tentang Pemakanan.Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gramProtein: Didarab dengan 4 setiap gramLemak: Didarab dengan 9 setiap gram.ii. Protein – 1 gram (Berat) X 4 (nombor pekali) = 4 Kaloriiii. Gula (sejenis karbohidrat) -16g (Berat) x 4 (nombor pekali) =  64 KaloriMenurut kajian pakar diet, jumlah yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Manakala bagi wanita dewasa pula adalah 1600 hingga 2000 kalori sehari.Ini penting untuk anda faham. Setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.
  • Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  • Betik (sepotong) = 45 kalori
  • Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  • Durian (5 ulas) = 64 kalori
  • Limau (sebiji) = 42 kalori
  • Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  • Nenas (sepotong) = 59 kalori
  • Epal (sebiji) = 63 kalori
  • Ciku (sebiji) = 44 kalori
  • Mangga (sebiji) = 103 kalori
  • Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  • Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  • Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  • Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  • Popia goreng (satu) = 130 kalori
  • Popia basah (satu) = 95 kalori
  • Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  • Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  • Karipap (sebiji) = 130 kalori
  • Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  • Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
  • Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  • Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  • Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  • Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  • Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  • Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  • Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  • Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  • Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  • Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  • Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  • Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori
  • Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
  • Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  • Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  • Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  • Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  • Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  • Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  • Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  • Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  • Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  • Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  • Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  • Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  • Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
  • Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  • Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  • Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  • Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  • Burger keju (satu) = 425 kalori
  • Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  • Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  • Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Ambil situasi lelaki dewasa, lelaki biasanya akan membakar kembali 2500 kalori yang diambil tetapi jika ambilan 3043 kalori sehari akan terdapat lebihan sebanyak 543 kalori setiap hari dalam bentuk lemak. Jika dihitung dengan matematik mudah 543 kalori berlebihan X 365 hari = 198,195 kalori setahun akan disimpan dan tidak terbakar. Akhirnya, dalam masa setahun berat kita akan meningkat sebanyak 24.77 kilogram iaitu kenaikan 1 kilogram bagi setiap 8000 kalori yang tidak dibakar. Darab pula dengan 5 tahun sekiranya tabiat pemakanan masih sama!Ubah stail hidup anda. Amalkan gaya hidup aktif, berjalan lebih pantas, naik dan turun tangga tanpa lif, mencuci sendiri kereta, lebih kerap bersukan dan bersenam. Kurangkan masa menonton televisyen atau bermain komputer kerana tubuh hanya mampu membakar 1 kalori seminit dan ianya sama kuantiti dengan kalori yang dibakar semasa tidur.Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang.  Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68 kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.
  •  Aerobik = 405 kalori
  • Bermain bola keranjang (agresif)= 450 kalori
  • Berjalan pantas= 300 kalori
  • Berkebun= 320 kalori
  • Mengemas rumah= 240 kalori
  • Bermain golf (tanpa kedi) = 385 kalori
  • Bermain Pingpong = 280 kalori
  • Menonton televisyen = 40 kalori
  • Berbasikal statik= 380 kalori


1. Apa yang dimaksudkan dengan kalori?2. Adakah benar atau mitos bahawa tubuh manusia memerlukan kalori?3. Bagaimana saya mahu mengira jumlah kalori dalam makanan yang diambil?Tetapi kiraan kalori boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi tersebut dengan nombor pekali tertentu yang disenaraikan.Contoh:Satu hidangan Sos Cili didapati mengandungi kuantiti:i. Karbohidrat –  53 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 212 Kalori.

Justeru, untuk 1 tuangan sos cili kuantiti kalorinya adalah 280.4. Berapa banyak kalori yang perlu bagi setiap lelaki dan wanita dewasa dalam satu hari?5. Apa akan terjadi andainya saya makan lebih daripada kuantiti yang disyorkan itu?6. Maklumat tambahan sebagai panduan. Berapa anggaran kuantiti kalori dalam makanan rakyat Malaysia? Kategori: Buah-buahanKategori: Kuih MuihKategori: Lauk PaukKategori: Makanan RujiKategori: Makanan Segera7. Berapa banyak kalori selalunya orang dewasa makan dalam sehari?a) Sarapan Pagi:Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) =  541 kalorib) Minum Pukul 10 pagi:Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kaloric) Makan tengahari:Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori)+ Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalorid) Minum petang:Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalorie) Makan Malam:Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong belacan (120 kalori) = 682 kaloriJumlah keseluruhan dalam sehari : 541 + 410 + 900 + 510 + 682 = 3043 kalori!!8. Apa akan terjadi jika tabiat makan di atas tidak diubah selama setahun?9. Bagaimana kalori berlebihan dapat dibakar?10. Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?Jadi, sekarang anda sudah faham dan tahu tentang konsep kalori masuk dan kalori keluar. Elakkanlah berdiet dengan skip waktu makan kerana ianya adalah diet yang kurang sihat. Akibatnya, boleh merosakkan sel-sel badan kerana kurangnya pengambilan nutrien . Anda boleh membetulkan persepsi ini dengan fakta dan maklumat yang telah diberikan di atas. Tinggalkanlah diet tidak sihat tersebut dan pilihlah makanan dengan jumlah kalori yang diperlukan dan pastikan kalori yang diambil tidak berlebihan atau pun bakar kembali kalori berlebihan tersebut dengan aktiviti riadah yang disarankan.Tetapi, sekiranya anda ingin memastikan diet untuk menurunkan berat badan anda sihat tanpa mengabaikan nutrien dan memastikan kalori yang anda ambil tidak akan berlebihan dari sepatutnya, anda boleh mengambil ‘replacement meal’ bagi memastikan tubuh anda sentiasa kenyang dan kekal bertenaga.



No comments:

Post a Comment

 

Designed By Izza sakura